Prsarana yang semakin uzur, bilangan kelas bertambah sesekali merunsingkan kami untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak didik
Wednesday, May 27, 2009
Saturday, May 23, 2009
Kursus Peningkatan Penggunaan ICT
Hari ini, semua guru di bawah panitia masing-masing meghadiri Kursus Peningkatan Penggunaan ICT di Makmal Bestari. Alhamdulillah antara beberapa agenda telah pun berjaya dilaksanakan. Antaranya pengaktifan sistem smssekolah dan penghasilan laman blog panitia masing-masing.
Walaupunmasa terlalu singkat, namun guru-guru berjaya juga menghasilkan blog masing-masing setelah memerah idea bersama-sama. Terima kasih Guru Teknikal mengucapkan kepada Penyelaras ICT dan Pihak Kaunselor sekolah kerana berjaya menganjurkan kursus ini. Cadangan Guru Teknikal agar kursus ini dapat di buat lagi untuk masa-masa akan datang..
Antara gambar-gambar yang sempat di ambil:
Posted by Guru Teknikal at Saturday, May 23, 2009 0 comments
Labels: kursus
Warga Unit Teknik Dan Vokasional SMKAB..
Alhamdulillah buat pertama kalinya, guru-guru di bawah Unit Teknik dan Vokasional telah bersatu hati dan berpadu tenaga untuk menghasilkan laman blog sulong ini. Guru Teknikal juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengorbanan masa, idea dan tenaga dalam menghasilkan blog ini. Sebenarnya penghasilan blog ini di hasilan dalam satu kursus dalaman "SMSSekolah dan Penghasilan Laman Blog Panitia" hari ini..
Kami guru teknikal juga ingin memperkenalkan diri kami iaitu:
Guru Kanan: En Ghazali Ahmad
Ketua Panitia KHB: Tn Hj Zainool Abidin Ahmad
Ketua Panitia Kejuruteraan: Mohd Shaiful Azwan Ariffin
Guru matapelajaran:
Pn. Saadiah Bt Shariat: KHB ERT
Pn. Masuriram Bt Md Yusop: KHB ERT
En. Ghazali Ahmad: Prinsip Perakaunan dan Ekonomi Asas
En. Muhammad Azley Azmi: Prinsip Perakaunan
En. Muhammad Nur Amzari Johari: Lukisan Kejuruteraan
En. Mohd Shaiful Azwan Ariffin: Teknologi Kejuruteraan
Semoga dengan terhasilnya blog ini, dapatlah sama-sama kita berkongsi maklumat, pendapat tentang subjek-subjek di bawah Unit Teknik dan Vokasional khususnya..Kami juga mengalu-alukan sebarang komen dan pendapat pembaca semua. Terima kasih..
Posted by Guru Teknikal at Saturday, May 23, 2009 0 comments
Labels: ucapan